JABATAN PERDAGANGAN
DUA6022 – KOMUNIKASI DAN PENYIARAN DALAM ISLAM
TAJUK PROJEK : KEHARMONIAN DALAM JIRAN TETANGGA
SESI : DISEMBER 2016
PROGRAM : DLS 6B
PENSYARAH : EN. MOHD FAHMI BIN MD YUSOP
DISEDIAKAN OLEH :


NAMA
NO. MATRIK
AHAMAD DANIAL B. AZHAR
10DLS14F1074 
MUHAMMAD FAUZAN B. AHMAD
10DLS14F1072
LUQMAN SAFWAN B. ABU BAKAR
10DLS14F1012
TUAN MUHAMMAD KALLAM AHZAD B. TUAN ISMAIL
10DAT14F2110
MUHAMMAD DANIEL B. ENVER SAAD
10DLS14F1092

Sabar Kerenah Jiran


Seseorang itu hendaklah sentisa sabar dengan karenah atau gangguan jiran, kerana ia termasuk dalam golongan orang berbuat baik kepadanya. Dalam sejarah dimana telah datang seorang laki-laki kepada nabi s.a.w menyatakan:
 " Ya rasulullah, tunjukan aku pada amal yang jika akau mengejakan akan dapat memasukan aku ke dalam syurga". Nabi menjawab:" Jadilah kamu sebagai orang yang baik". Orang itu bertanya:" Ya Rasulullah, bagimana aku mengetahui bahawa aku ini seorang yang baik?. Maka nabi menjawab:"Tanyakanlah pada tetanggamu, maka jika mereka mengatakan enkau baik maka engkau sebenarnya adalah baik, maka jika mereka mengatakan engkau jahat, maka engkau adalah jahat". 
( hadis riwayat al-Baihaqi)

HAK-HAK JIRAN

Nabi menyatakan lagi dalam hadisnya:

"Tahukah kamu apa dia hak jiran tetangga itu?;

1. Jika ia meminta  tolong kepadamu, Engkau akan menolongnya.

2. Jika ia minta pinjaman, engkau akan memberikan pinjaman kepadanya.

3. Jika ia memerlukan sesuatu, engkau akan memberikannya.

4. Jika ia sakit engkau akan menziarahinya,

5. Jika ia mendapat sesuatu kebaikan, engkau ucapkan tahniah kepadanya,

6. jika ia tertimpa bahaya, engkau turut sedih bersamanya.

7. Jika ia meninggal dunia, engkau turut menghantar jenazahnya

8. Jangan sekali-kali engkau meninggikan rumahmu sehingga menyekat angin untuk sampai kerumahnya kecuali dengan izinnya.

9. Jangan mengganggu perasaannya dengan bau masakan kamu, melainkan engkau akan memberikan sedikit dari makanan itu.

10. Jika engkau beli buah-buahan, berikan sedikit kepadanya

11. Jika engkau tidak mahu memberikannya maka hendaklah engkau memasukan buah-buahan itu ke dalam rumah secara rahsia supaya tidak kelihatan  olehnya dan janganlah membiarkan anakmu memakan buah-buahan itu dihadapan anaknya, kelak anak jiran itu akan menangis mahukan buah tersebut.

berita tentang jiran tetangga

TIGA JENIS JIRAN

Jiran tetangga adalah orang yang tinggal berdekatan dengan kita. Di dalam Islam, Jiran terbahagi kepada tiga jenis iaitu jiran tiga hak, jiran dua hak dan jiran satu hak. Nabi s.a.w telah menyatakan dalam hadisnya bahawa Jiran tetangga itu ada tiga jenis:


1. Tetangga muslim yang ada hubungan keluarga baginya, maka dia mendapat hak sebagai tetangga, hak sebagai orang muslim dan sebagai keluarga (kerabat).

2. Tetangga muslim, baginya mendapat hak sebagai tetangga, dan hak sebagai seorang Islam.

3. Tetangga kafir, maka baginya mendapat hak sebagai tetangga.

Dalam sejarah dicatatkan bahawa Khalifah Umar al-khattab mempunyai seorang tetangga Yahudi yang tinggal bersebelahan dengan rumahnya. Apabila beliau menyembelih kambing beliau sering memberikan sedikit daging kambing tersebut kepada jiran yahudi tersebut.

Cara Mengeratkan Hubungan Dengan Jiran


  • Bergotong Royong
  • Bertegur Sapa
  • Kunjung Mengunjung 
  • Menghulurkan Bantuan
  • Perkelahan Keluarga

Implikasi Tidak Beradab Kepada Jiran


  • Hidup tidak tenang
  • Menjejaskan keharmonian hidup bermasyarakat
  • Terpinggir daripada masyarakat
  • Sukar mendapat pertolongan jika dalam kesusahan
  • Negara mundur dan kucar kacir

Ciri - Ciri Jiran Yang Baik

  •   Bertanggungjawab dan sentiasa prihatin dengan jiran lain.
  • Kita wajib menolong jiran yang dalam kesusahan walaupun mereka bukan beragama Islam
  • Islam menyuruh kita memuliakan dan menghormati jiran tetangga
  • Hidup aman damai jika wujud persafahaman dan kerjasama antara jiran tetangga
  •  Jiran adalah orang terdekat yang boleh kita meminta pertolongan jika menghadapi kesusahan


Mengapa Kita Perlu Berjiran?

1)      Bantuan Ketika Kecemasan


Jiran adalah orang yang paling hampir dengan tempat tinggal kita. Segala perkara yang berlaku ke atas diri kita, ahli keluarga, harta benda dan sebagainya terlebih dahulu diketahui oleh jiran. Kerana itu, jiran adalah orang yang paling dekat untuk memohon pertolongan pada saat kita ditimpa bencana atau musibah seperti kebakaran, kecurian, kemalangan, kematian dan lain-lain lagi. 

Alangkah beruntungnya mereka yang mempunyai jiran yang sedia menolong pada bila-bila masa sahaja. Pertolongan seperti inilah yang amat diperlukan pada masa kecemasan sementara menunggu bantuan pihak-pihak berwajib atau sanak saudara. Hanya jalinan dan kemesraan yang kuat antara jiran yang dapat melahirkan suasana seperti ini.


2)      Menambah Kenalan


Mempunyai jiran yang berbeza latar belakang seperti pekerjaan, pendidikan, agama, bangsa, keturunan, budaya, adat resam dan sebagainya akan menambahkan lagi pengetahuan dan kenalan kita. Firman Allah swt yang bermaksud:

“Wahai manuisa, sesungguhnya Kami menciptakan kamu  dari seorang lelaki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal mengenali”. 

(Al-Hujurat : 13)

Mempunyai kenalan yang ramai dan rapat lebih-lebih lagi hidup berjiran banyak memberi manfaat kepada kita. Antaranya mendapat tunjuk ajar jika berjirankan seorang guru atau pensyarah, mendapat nasihat kesihatan jiran berjirankan seorang doktor, mendapat nasihat guaman jika berjirankan seorang peguam atau majistret, membaiki kerosakan pada rumah dan kenderaan jika berjirankan seorang mekanik dan begitulah seterusnya.

 Ini tidak termasuk ilmu atau kepakaran lain yang dimiliki oleh jiran seperti ilmu bercucuk tanam, landskap, jahitan, gubahan, masakan, komputer dan lain-lain lagi.

3)      Menjamin Keselamatan Setempat


Jiran yang sepakat dan bersatupadu mampu menjamin keselamatan kawasan setempat daripada ancaman kecurian, pecah rumah, najis dadah, penculikan, samseng dan sebagainya. Ini dapat dilakukan samaada melalui Rukun Tetangga, Jawatankuasa Keselamatan  Kawasan atau kempen-kempen kesedaran. 

Budaya bantu membantu seperti inilah yang sangat dikehendaki oleh Islam seperti firman Allah swt yang bermaksud:

“Bertolong-tolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan ketaqwaan dan janganlah tolong-menolong dalam berbuat dosa dan pelanggaran”. 

(Al-Maidah : 2)


4)      Menjaga Keharmonian Masyarakat


Segala perkara yang mencemar keharmonian dan kesejahteraan masyarakat dapat dicegah dengan semangat kerjasama, prihatin dan kesatuan sesama jiran. Gejala-gejala sosial seperti bersekedudukan, berkhalwat, mendera anak, lari dari rumah, bohsia, bohjan dan banyak lagi dapat dibendung jika jiran memainkan peranan dan mengambil inisiatif melaporkan kepada pihak berwajib setiapkali menyedari berlaku perkar-perkara yang ganjil dan meragukan. 

Apakah kita perlu tunggu sehingga gejala tersebut menimpa ke atas ahli keluarga kita barulah kita hendak memperkukuhkan hubungan sesama jiran?

 Bukankah elok dan bijak sekiranya kita beringat sebelum terjadi bak kata pepatah Melayu “Sediakan payung sebelum hujan”. Oleh itu, membina ikatan yang kuat sesama jiran adalah syarat utama bagi menjamin keharmonian masyarakat dan kawasan.

5)      Integrasi Nasional


Perpaduan antara kaum adalah kunci kemakmuran dan kesejahteraan negara kita. Tanpa perpaduan, negara akan berada dalam keadaan kucar kacir dan masyarakat tidak lagi dapat hidup dalam aman damai. Bagi mempastikan perpaduan dan kemakmuran ini kekal ianya perlu dimulai dengan hubungan baik sesama jiran. Jiran yang baik adalah jiran yang berjaya memupuk semangat tolenrasi, percaya mempercayai dan perkongsian bijak antara mereka. Sekiranya ini diabaikan maka lambat-laun ia akan mencetuskan bibit-bibit permusuhan dan perkauman yang akhirnya merebak kepada huru-hara, perpecahan dan perbalahan.

Tuntutan supaya mengekalkan hubungan yang baik dengan jiran dinyatakan dalam sabda Rasulullah saw yang bermaksud: 

“Jibrail berkali-kali mengingatkan aku (supaya berbuat baik) terhadap jiran sehingga aku merasakan seolah-olah mereka akan mewarisi hartaku”. 

(Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

PENTINGNYA HUBUNGAN KEJIRANAN...

Islam amat menitikberatkan hubungan kejiranan. Hal ini kerana, hidup berjiran merupakan salah satu cara hidup Islam. Dalam konteks kejiranan, umat Islam perlu saling menghormati dan sentiasa menjaga keselamatan diri dan harta benda. Hubungan baik sesama jiran perlu sentiasa dijaga seperti yang dituntut dalam agama. Allah SWT berfirman yang bermaksud:


“ Dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua ibu bapa, kaum kerabat, anak-anak yatim, orang-orang miskin, jiran tetangga yang jauh dan dekat, orang musafit dan hamba yang kamu miliki.”
  
                                                                                                                     (Surah al-Nisa’4:36)

            Berdasarkan firman tersebut, agama mengajar dan menuntut supaya setiap penduduk dalam sesebuah kawasan perumahan atau kampung mesti mengenali antara satu sama lain. Mereka harus sama-sama bertanggungjawab terhadap keselamatan penduduk dan jiran tetangga. Islam sebenarnya tidak suka akan manusia yang hanya mementingkan diri sendiri dan mengasingkan diri daripada kehidupan bermasyarakat. 

Pengenalan

Jiran tetangga adalah orang yang tinggal berhampiran dengan rumah kita dan ajaran Islam telah menggariskan bahawa amalan hidup berjiran amat penting bagi menjamin kesejahteraan hidup bermasyarakat. Secara fitrahnya, manusia tidak boleh hidup seorang diri. Oleh itu, Islam telah menekankan kepentingan menjalinkan hubungan dalam kalangan masyarakat sekeliling. Hubungan yang baik dapat membentuk sifat saling membantu, kerjasama, saling menghormati  dan sebagainya.

Apa itu "JIRAN"?


  • Jiran ialah orang yang tinggal bersebelahan dengan rumah kita,tinggal di persekitaran rumah kita atau sebagainya