PENTINGNYA HUBUNGAN KEJIRANAN...

Islam amat menitikberatkan hubungan kejiranan. Hal ini kerana, hidup berjiran merupakan salah satu cara hidup Islam. Dalam konteks kejiranan, umat Islam perlu saling menghormati dan sentiasa menjaga keselamatan diri dan harta benda. Hubungan baik sesama jiran perlu sentiasa dijaga seperti yang dituntut dalam agama. Allah SWT berfirman yang bermaksud:


“ Dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua ibu bapa, kaum kerabat, anak-anak yatim, orang-orang miskin, jiran tetangga yang jauh dan dekat, orang musafit dan hamba yang kamu miliki.”
  
                                                                                                                     (Surah al-Nisa’4:36)

            Berdasarkan firman tersebut, agama mengajar dan menuntut supaya setiap penduduk dalam sesebuah kawasan perumahan atau kampung mesti mengenali antara satu sama lain. Mereka harus sama-sama bertanggungjawab terhadap keselamatan penduduk dan jiran tetangga. Islam sebenarnya tidak suka akan manusia yang hanya mementingkan diri sendiri dan mengasingkan diri daripada kehidupan bermasyarakat. 

No comments:

Post a Comment